Data nama geografi ini dibekalkan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Data-data yang telah dimasukkan ke dalam gazetir ini telah mendapat pengesahan dari Jawatan kuasa Negeri Nama Geografi (JNNG) Selangor dimana setiap nama geografi yang diterbitkan ini telah melalui proses semakan dan pengesahan oleh pegawai-pegawai di Negeri Selangor untuk memastikan nama tersebut sah dari segi ejaan, jenis, maklumat lokasi dan sebagainya.
Kemasukan data untuk setiap nama geografi mengandungi maklumat berikut:
Sejarah bermula pada tahun 1821 di mana pada ketika itu berlakunya tindak balas besar-besaran daripada penduduk tempatan ke atas penjajahan Siam ke atas Kedah. Akibat daripada peristiwa tersebut, pihak Siam berundur dan pembesar tempatan telah diberi kuasa untuk mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu, dan Perlis. Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor di negeri Perlis. Timbalan Gabenor bagi negeri Perlis pada ketika itu ialah Syed Hussin Jamalullail. Inilah detik bersejarah bagi negeri Perlis di mana telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada sebuah negeri naungan.
Negeri Perlis adalah berasal daripada nama sejenis pokok atau tumbuhan-tumbuhan yang dipanggil "Pokok Perlis". Ditinjau pada nama-nama di seluruh Negeri Perlis yang seluas 316 batu persegi ini, setakat yang diketahui adalah didapati bahawa kira-kira 100 tempat yang namanya semacam dengan nama pokok atau tumbuh-tumbuhan. Lihat sahaja nama-nama tempat berikut seperti Bohor Mali, Bohor Pulai, Bohor Temak, Alor Ara, Permatang Pauh, Padang Lati, Padang Melangit, Padang Siding Repoh, Chemumar dan lain-lain.
Dilihat pada nama-nama jajahan dan tempat-tempat di negeri Kedah dan jajahan-jajahan takluknya sebelum tahun 1820an terdapat nama-nama seperti Satul, Lungu, Perlis, Sena, Alor Setak (Alor setar), Pulau Pinang, Bukit Pinang, Kota Palas dan lain-lain lagi, didapati bahawa nama-nama tempat dan jajahan tersebut adalah berasal atau mengambil sempena nama pokok-pokok.
Jajahan Satul yang merupakan jajahan berkembar dengan jajahan Perlis adalah nampaknya mengambil sempena namanya daripada nama pokok "setul". Dengan ini kemungkinan besar nama jajahan perlis berasal daripada nama sejenis pokok juga sepertimana dengan jajahan yang berkembar dengannya itu.
Nama kota yang terawal sekali didirikan oleh Sultan Kedah di Jajahan Perlis, iaitu Kota Sena, adalah mengambil sempena daripada nama pokok, iaitu "Sena". Nama "Sena" ini masih kekal lagi di negeri Perlis sehingga sekarang, iaitu: Kampung Sena, Mukim Sena dan Sungai Sena.
Nama pokok "sena" mungkin seawal-awalnya digunakan di Jajahan Perlis dalam tahun 1653, iaitu bagi menamakan "Kota Sena". Nama "Sena" ini digunakan juga bagi menamakan "Sungai Sena", "Mukim Sena" dan "Kampung Sena" di Kangar. Dalam keadaan yang sama juga dilihat bahawa "Perlis" sudah pun digunakan bagi menamakan Sungai Perlis" semenjak dari awal abad ke 16 lagi (dipercayai sebelum tahun 1546). Kemudiannya nama "perlis" digunakan bagi menamakan "Kuala Perlis", "Jajahan Perlis" dan "Negeri Perlis".
Nama pokok "sena" mungkin seawal-awalnya digunakan di Jajahan Perlis dalam tahun 1653, iaitu bagi menamakan "Kota Sena". Nama "Sena" ini digunakan juga bagi menamakan "Sungai Sena", "Mukim Sena" dan "Kampung Sena" di Kangar. Dalam keadaan yang sama juga dilihat bahawa "Perlis" sudah pun digunakan bagi menamakan Sungai Perlis" semenjak dari awal abad ke 16 lagi (dipercayai sebelum tahun 1546). Kemudiannya nama "perlis" digunakan bagi menamakan "Kuala Perlis", "Jajahan Perlis" dan "Negeri Perlis".
:br;Nama "perlis" adalah sebenar-benarnya suatu nama yang asal. Sebutan "perlis" ini adalah sebutan orang-orang melayu tempatan sendiri, tidak dipinjamkan daripada perkataan atau sebutan asing atau diubahsuaikan daripada suku-kata bahasa asing. Orang-orang luar juga menyebutnya dengan sebutan "Perlis", "Perleys", "Purlis" dan "Parlis". Orang-orang siam pula menyebut "Polit". Gelaran siam kepada Raja Perlis ialah "Phya Polit" atau "Phya Palit".
Tentang sebutan Siam itu adalah diragukan, kerana terdapat suatu cerita lisan yang mengatakan Siam menyebut "prow-lowy" untuk jajahan Perlis, sedangkan sekarang mereka menyebut "Muang Polit" atau "Muang Palit" bagi negeri Perlis. Ini menjadi suatu tanda Tanya. Tetapi mengikut aliran dan fakta sejarah yang boleh dipertanggungjawabkan, sebutan "Polit" atau "Palit" mula digunakan di awal abad ke 19, semasa Siam melanggar Negeri Kedah. Semasa itu nama "Perlis" sudah pun wujud. Lihat sahaja nama Negeri Setul disiamkan menjadi "Muang Satun". Dengan ini kemungkinan besar nama "Perlis" yang telah disebut oleh orang-orang Melayu tempatan Semenjak awal abad ke 16 itu diubahsuaikan mengikut selera lidah Siam menjadi "Polit" atau "Palit".
Semenjak awal abad ke 16 sehingga sekarang adalah suatu jangka masa yang memang lama dan berpuluh-puluh generasi telah pun berlalu. Dengan nama "pokok perlis" dan identitinya yang agak biasa kepada orang-orang Melayu generasi abad ke 16 itu telah lenyap begitu sahaja. Maksudnya, generasi sekarang agak tidak menyedari yang "perlis" adalah sebenarnya nama bagi sejenis pokok. Lihat sahaja keadaannya dengan "pokok bunga emas dan perak" yang mana ianya dibuat sendiri oleh nenek moyang kita orang-orang Melayu untuk dihantar ke Negeri Siam. Bagi Negari Perlis "pokok-pokok" tersebut mulai dibuat dan dihantar ke Siam semenjak tahun-tahun 1840an sehingga awal abad ke 20. Dalam suatu jangka masa yang begitu singkat sahaja sehingga sekarang, berapa keratkah manusia generasi sekarang di Negeri Perlis yang tahu rupa bentuk dan ciri-ciri tertentu "pokok-pokok bunga emas dan bunga perak" yang dibuat oleh orang-orang Melayu perlis dalam Period-period tersebut. Dalam period sesingkat demikian apakah identity "pokok bunga emas dan bunga perak" dari negeri Perlis juga turut lenyap dari pengetahuan rakyat Negeri Perlis sekarang ini. Sekiranya kejahilan yang sedemikian berlaku berhubung dengan identiti "pokok bunga emas dan bunga perak" dalam abad-abad ke 19 dan 20 itu masakan pula dengan identiti "pokok perlis" yang biasa wujud dan dikenali semenjak yang lalu.
Suatu perkara yang menarik ialah bahawa di daerah Lembah Bujang, dan Hilir Merbok, Kedah Selatan, terdapat nama-nama Kampung Permatang Perlis dan Kampung Perlis dan di daerah Ulu Dungun, Terengganu pula terdapat nama Kampung Kuala Sungai Perlis, Kampung Perlis dan Sungai Perlis. Bagaimana pula tempat-tempat di Kedah Selatan dan di Terengganu mempunyai nama-nama yang ada sebutan "Perlis"
Ditinjau daripada pengetahuan dan pendapat orang tua-tua di lembah bujang, Kedah Selatan, mereka mengatakan bahawa nama "Perlis" ini adalah nama sejenis pokok, iaitu "pokok perlis", nama Kampung Permatang Perlis adalah diambil sempena daripada nama "pokok perlis". Demikian juga dengan pendapat orang tua-tua di Daerah Ulu Dungun, Terengganu. Mereka juga mengatakan bahawa nama-nama Sungai Perlis dan Kampung Perlis di daerah mereka adalah berasal daripada nama sejenis pokok, iaitu "Pokok Perlis".
:br;Berdasarkan kepada dua pendapat dari orang tua-tua di dua daerah yang masing-masing beratus-ratus batu jauhnya, yang mana pendapat-pendapat mereka ini mempunyai persamaan seperti tersebut itu, maka jelaskan bahawa "perlis" adalah nama sejenis pokok atau tumbuhan-tumbuhan. Dengan ini kemungkinan besar bahawa nama-nama "sungai Perlis", Kuala Perlis", "Jajahan Perlis" dan "Negeri Perlis" adalah juga berasal daripada nama sejenis pokok atau tumbuhan-tumbuhan yang bernama "pokok perlis", yang mungkin biasa wujud atau hidup di kawasan dan lembah Sungai Perlis di suatu masa dahulu hingga sekarang.
Penting juga diingatkan bahawa terdapat juga nama "kampong Perlis" di Pulau Pinang, namun dimikian mengikut aliran sejarah, nama kampung tersebut adalah bersempena dengan kedatangan dan penempatan orang-orang dari Jajahan Perlis ke tempat-tempat tersebut selepas tahun 1821, iaitu selepas Siam menyerang dan menguasai Negeri Kedah dan jajahannya (termasuk Jajahan Perlis).
Sekiranya diperhatikan dengan teliti akan nama "Kampung Permatang Perlis", nescaya akan kita dapati suatu gambaran tentang perkataan "permatang?. Permatang secara ringkasnya bererti "batas tanah yang tinggi sedikit daripada permukaan tanah di sekelilingnya". Adalah didapati bahawa di kebanyakan tempat-tempat yang namanya bermula dengan perkataan "Permatang" lazimnya perkaaan "permatang" ini diikuti pula oleh nama-nama pokok. Lihat sahaja nama-nama tempat berikut: Permatang Durian, Permatang Katong, Permatang Binjal, Permatang Bongor, Permatang keriang dan lain-lain. Di negeri Perlis terdapat nama-nama tempat seperti berikut: permatang Bongor, Permatang Pauh, Permatang Keriang dan Permatang Limau manis. Hakikat tersebut telah menunjukkan bahawa pendapat orang tua-tua di Lembah Bujang, Kedah yang mengatakan bahawa "perlis" itu nama sejenis pokok dapat diterima.
Terdapat banyak nama sungai di Malaysia Barat yang mana mengambil sempena nama pokok. Lihat sahaja nama-nama berikut seperti Sungai pinang, Sungai Melaka, Sungai Rokam, Sungai Bernam, Sungai Rambai, Sungai Buluh, Sungai Nipah, Sungai Sintok, Sungai Mempelam dan lain- lain lagi. Di Negeri Perlis terdapat sungai-sungai yang mempunyai nama seperti Sungai Sena, Sungai Jejawi, Sungai Berembang, Sungai Lempiak, Sungai KurungTengar, Sungai Durian, Sungai Padang Chempa, Sungai Bintong, Sungai Katong, dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa pendapat orang tua-tua di Ulu Dungun, Terengganu yang mengatakan bahawa nama "Sungai Perlis" di daerah mereka berasal daripada nama pokok memang boleh dipercayai. Begitu juga dengan nama "Sungai Perlis", sungai yang terbesar sekali di Negeri Perlis, mungkin juga berasal daripada nama "pokok perlis".
Berdasarkan kepada fakta-fakta dan asas-asas yang telah diketengahkan itu, maka dengan ini dikemukakan suatu hipotesis bahawa nama Negeri Perlis adalah berasal daripada nama sejenis pokok iaitu "Pokok Perlis" dan "Kuala Sungai Perlis" atau "Kuala Perlis". Manakala kawasan-kawasan di sekitar aliran "Sungai Perlis". Manakala kawasan-kawasan di sekitar aliran "Sungai Perlis" dan anak-anak sungai besar itu dinamakan "Jajahan Perlis". Seterusnya "Jajahan Perlis" disebut "Negeri Perlis" akhirnya nama "Kerajaan Negeri Perlis" digunakan secara rasmi. Tegasnya nama Negeri Perlis berasal daripada nama "pokok perlis".
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis, 2015
Maklumat ini adalah menerangkan nama tempat yang dikenali kalangan penduduk tempatan dan disahkan oleh Pegawai di peringkat daerah. Bentuk ejaan bagi nama geografi yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa penamaan diperingkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan akan dianggap sebagai nama yang rasmi atau yang dibenarkan.
Daerah adalah merupakan satu bahagian kawasan pentadbiran di setiap negeri di Malaysia.
Jenis adalah terma yang merujuk kepada penamaan bagi setiap nama geografi. Contoh adalah seperti berikut:
tempat - Ipoh, Kuala Lumpur
rupa alam semula jadi - Sungai Perak (sungai), Bukit Fraser (bukit)
rupa alam buatan manusia - Jalan Ipoh (jalan), Empangan Kenyir (empangan)
rupa laut semula jadi - Terumbu Sahap (terumbu)
rupa laut buatan manusia - Tambak Johor (tambak)
sekelompok tempat yang serupa dan berkaitan - Semenanjung Malaysia
sekelompok rupa alam yang serupa dan berkaitan - Kepulauan Langkawi (pulau)
sekelompok kawasan yang serupa dan berkaitan - Kompleks Sukan Bukit Jalil (kemudahan sukan)
Latitud adalah garis ukuran kedudukan latitud utara-selatan antara kutub. Khatulistiwa ditakrifkan sebagai 0 darjah, Kutub Utara adalah 90 darjah utara, dan Kutub Selatan ialah 90 darjah selatan. Garisan latitud semua selari antara satu sama lain. Longitud pula adalah garis meridian yang dijalankan antara Utara dan Kutub Selatan. Ia diukur berdasarkan kedudukan timur-barat. Prime meridian mempunyai nilai 0 darjah dan melalui Greenwich, England.
Bagi tujuan penerbitan gazetir, sistem koordinat yang digunakan adalah Geocentric Datum for Malaysia 2000 - GDM2000, iaitu merujuk kepada pusat jisim bumi sebagai origin/datum rujukan. Datum ini bersifat universal kerana ia merangkumi seluruh Malaysia.
Nilai koordinat bagi setiap nama geografi yang berunjuran GDM2000 ditunjukkan dalam darjah, minit dan saat.
Bil. | Perkataan | Singkatan |
---|---|---|
1 | Air | A. |
2 | Alur | Alr. |
3 | Bahagian | Bhg. |
4 | Bakau | Bak. |
5 | Balai Polis | B.P. |
6 | Blok | Blk. |
7 | Bukit | Bkt. |
8 | Caruk/Charok | C. |
9 | Cangkat/Changkat | Chgkt. |
10 | Hutan Rizab/Hutan Rezab | H.R. |
11 | Hilir | Hilir |
12 | Hospital | Hosp. |
13 | Jeram | J. |
14 | Jalan | Jln. |
15 | Kepulauan | Kep. |
16 | Kilometer | km |
17 | Kondominium | Kondo |
18 | Lebuh/Leboh | Lbh. |
19 | Ladang | Ldg. |
20 | Pangkalan/Pengkalan | Pang. |
21 | Padang | Pdg. |
22 | Pelabuhan | Plbh. |
23 | Pejabat Pos | P.P. |
24 | Rizab Melayu/Rezab Melayu | R.M. |
Bil. | Perkataan | Singkatan |
---|---|---|
25 | Rumah Penginapan | R.P. |
26 | Rumah Rehat | R.R. |
27 | Sekolah Menegah Kebangsaan | SMK |
28 | Sekolah Rendah | SR |
29 | Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan | SRJK |
30 | Stesen Kastam | S.K. |
31 | Teluk, Telok | Tlk. |
32 | Taman | Tmn. |
33 | Tali air | T.A. |
34 | Utara | U |
35 | Balai Raya | B.R. |
36 | Bandar | Bdr. |
37 | Bangunan | Bgn. |
38 | Batu | Bt. |
39 | Dispensari | Disp. |
40 | Gunung/Gunong | G. |
41 | Gosong | Gsg. |
42 | Hulu/Ulu | H |
43 | Kuala | K. |
44 | Kampung/Kampong | Kg. |
45 | Lembah | Lmbh. |
46 | Lapangan | Lpg. |
47 | Lorong | Lrg. |
48 | Pulau | P. |
Bil. | Perkataan | Singkatan |
---|---|---|
49 | Permatang | Pmtg. |
50 | Parit | Pt. |
51 | Persiaran | Psrn. |
52 | Pejabat Daerah | P.D. |
53 | Sekolah | S |
54 | Sungai | Sg. |
55 | Sekolah Kebangsaan | SK |
56 | Sekolah Menengah | SM |
57 | Stesen Kajicuaca | S.Kc. |
58 | Stesen Meteorologi | S.Met. |
59 | Timur | T |
60 | Tanjung | Tg. |
61 | Wakil Pos | W.P. |
62 | Zon Ekonomi Eksklusif | ZEE |
Jenis | Bilangan |
---|---|
Alur | 4 |
Bandar | 1 |
Bukit | 1 |
Estet | 3 |
Gua | 1 |
Hutan | 4 |
Kampung | 307 |
Pekan | 9 |
Pulau | 1 |
Sungai | 63 |
Taman | 23 |
Tanjung | 1 |
JUMLAH JENIS | 418 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
1 | Alur | Tiada Daerah | A. Berangan | 6.48419800 | 100.16703400 |
2 | Alur | Tiada Daerah | A. Merbau | 6.49551200 | 100.17560200 |
3 | Alur | Tiada Daerah | A. Pasir | 6.48815500 | 100.17309000 |
4 | Alur | Tiada Daerah | A. Tok Seh | 6.47296700 | 100.16896500 |
5 | Bandar | Tiada Daerah | Kangar | 6.44307600 | 100.19506000 |
6 | Bukit | Tiada Daerah | Bkt. Wai | 6.43757100 | 100.13331000 |
7 | Estet | Tiada Daerah | Felda Chuping | 6.49238300 | 100.34056800 |
8 | Estet | Tiada Daerah | Kemajuan Tanah Ulu Pauh (FELCRA) | 6.45609800 | 100.34974100 |
9 | Estet | Tiada Daerah | Kg. Baru Felcra Ulu Pauh | 6.45654700 | 100.35103200 |
10 | Gua | Tiada Daerah | Gua Kelam | 6.64340437 | 100.20571136 |
11 | Hutan | Tiada Daerah | H.S. Bukit Bintang | 6.54366500 | 100.19001000 |
12 | Hutan | Tiada Daerah | H.S. Mata Ayer | 6.69377700 | 100.27663400 |
13 | Hutan | Tiada Daerah | H.S. Rimba Mas-Mas | 6.62152000 | 100.29939000 |
14 | Hutan | Tiada Daerah | Kg. Binjai | 6.39166100 | 100.20047900 |
15 | Kampung | Tiada Daerah | Kampung Bukit Keteri | 6.52096200 | 100.25669200 |
16 | Kampung | Tiada Daerah | Kampung Jelempok | 6.40424000 | 100.28033400 |
17 | Kampung | Tiada Daerah | Kampung Padang Keria | 6.28776700 | 100.17689900 |
18 | Kampung | Tiada Daerah | Kampung Sungai Baharu | 6.33285000 | 100.15573000 |
19 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Tampang | 6.51333500 | 100.22940300 |
20 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Seri Aman (RTP) | 6.63681500 | 100.22084900 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
21 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Abi | 6.48966400 | 100.19894300 |
22 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Abi Batas Paip | 6.47473200 | 100.19897500 |
23 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Almarhum Kayang | 6.42750700 | 100.15786400 |
24 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Ara | 6.45116600 | 100.25610400 |
25 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Kangar | 6.57182500 | 100.20329400 |
26 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Lanchang | 6.44855400 | 100.23863000 |
27 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Maros | 6.40351700 | 100.18979500 |
28 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Pulai | 6.42055600 | 100.18448100 |
29 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Redis | 6.41113500 | 100.21849700 |
30 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Sena | 6.49758800 | 100.22391300 |
31 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Alor Tok Terang | 6.41490800 | 100.16985500 |
32 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Asam Bungkus | 6.50084900 | 100.18264500 |
33 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Ayer Timbul | 6.55504100 | 100.27117900 |
34 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Baharu | 6.41051700 | 100.13115600 |
35 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bakau | 6.43131400 | 100.19771600 |
36 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bakong | 6.42285300 | 100.25513400 |
37 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Balik Bukit Chuping | 6.49853500 | 100.26967200 |
38 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Balik Guar | 6.48728000 | 100.26898700 |
39 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Banat | 6.41287600 | 100.25671300 |
40 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Banat Bawah | 6.41460500 | 100.25334100 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
41 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Banat Syed Harun | 6.41734100 | 100.26861500 |
42 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Banggol Sena | 6.46949500 | 100.28435700 |
43 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bangsal Lebah | 6.40762700 | 100.15942400 |
44 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Banir Tembus | 6.32232600 | 100.16505900 |
45 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Baroh | 6.48495600 | 100.23670000 |
46 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Baru Bukit Chabang | 6.59694800 | 100.25801700 |
47 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Baru Sena | 6.64861400 | 100.25022200 |
48 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Batas Lintang | 6.34748500 | 100.18740900 |
49 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Batu Bertangkup | 6.55207500 | 100.28765300 |
50 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Batu Dua | 6.47219600 | 100.21222500 |
51 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Batu Dua Lama | 6.47264600 | 100.21348900 |
52 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Batu Hampar (Mukim Berseri) | 6.54826200 | 100.22913400 |
53 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Batu Hampar (Mukim SeriAB) | 6.41098400 | 100.18572400 |
54 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Batu Lima Belas | 6.63355800 | 100.20648500 |
55 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bawah Bukit Chuping | 6.49087900 | 100.26518900 |
56 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Chepot | 6.38095200 | 100.20567800 |
57 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Chichar | 6.47170400 | 100.22922700 |
58 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Empiang | 6.46159000 | 100.20214400 |
59 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Gandil | 6.41548200 | 100.19499500 |
60 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Gelam | 6.41382500 | 100.23509100 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
61 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Gonchar | 6.42769400 | 100.17811600 |
62 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Ibus | 6.36471600 | 100.16161900 |
63 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Inai | 6.48108100 | 100.21293000 |
64 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Janggus | 6.44808200 | 100.16813600 |
65 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Kulit Kerang | 6.38394300 | 100.18238400 |
66 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Kurong Ayam | 6.42369100 | 100.25103500 |
67 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Lalang | 6.37898200 | 100.18837600 |
68 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Lateh | 6.39450900 | 100.18457100 |
69 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Mali | 6.36603200 | 100.18347100 |
70 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Masjid | 6.39196800 | 100.17594200 |
71 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Mempelam | 6.40053800 | 100.25993900 |
72 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Mengkuang | 6.42439200 | 100.24474700 |
73 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Mentalun | 6.36905500 | 100.25442000 |
74 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Pisang | 6.43980000 | 100.23335900 |
75 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Rotan Pahit | 6.35339700 | 100.14866100 |
76 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Temak | 6.42573800 | 100.18631700 |
77 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Behor Tui | 6.35825500 | 100.15924000 |
78 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Belanga Pudak | 6.43425500 | 100.17012500 |
79 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Belukar | 6.47041200 | 100.22588800 |
80 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Belukar | 6.53368300 | 100.21503800 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
81 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Belukar | 6.42427600 | 100.27738600 |
82 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Belukar | 6.46249000 | 100.25979900 |
83 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Belukar | 6.46209500 | 100.29839100 |
84 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Belukar Inum | 6.52927300 | 100.28718800 |
85 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Belukar Lenga | 6.56279300 | 100.28419000 |
86 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bendang Baru | 6.33507900 | 100.19654000 |
87 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Berjaya | 6.33894400 | 100.16757600 |
88 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Besar | 6.39913300 | 100.16075200 |
89 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Binjai | 6.39122000 | 100.19921600 |
90 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bintong | 6.44505500 | 100.18080100 |
91 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bongkok | 6.49568200 | 100.23501800 |
92 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bongor Kudong | 6.32617800 | 100.21210700 |
93 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bukit | 6.45169800 | 100.33227600 |
94 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bukit Jernih | 6.55182200 | 100.26062300 |
95 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bukit Lagi | 6.42608800 | 100.19447900 |
96 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bukit Manek | 6.57536900 | 100.23132900 |
97 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bunga Emas | 6.32643200 | 100.19468700 |
98 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Bunga Emas Timur | 6.32902500 | 100.19948200 |
99 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Changkat Kabu | 6.38971200 | 100.28332700 |
100 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Chantek | 6.64022900 | 100.22861100 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
101 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Chantik Bangun | 6.32368300 | 100.22810100 |
102 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Che Ok Tengah | 6.34731000 | 100.22360500 |
103 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Chemumar | 6.36548200 | 100.23300500 |
104 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Chermai | 6.39533900 | 100.28718600 |
105 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Chuping Titi Besi | 6.49648300 | 100.25385800 |
106 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Cikgu Ali | 6.47205800 | 100.29961600 |
107 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Darat | 6.52127400 | 100.22912700 |
108 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Dato' Ahmad Musa | 6.33294800 | 100.18490800 |
109 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Dato Sheikh Ahmad | 6.52723100 | 100.21442000 |
110 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Datok Kaya Man | 6.49414200 | 100.24688900 |
111 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Gial | 6.47238400 | 100.27611500 |
112 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Gajah | 6.45467600 | 100.25997400 |
113 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Ipoh | 6.41878900 | 100.29598400 |
114 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Jentik | 6.56459900 | 100.21575700 |
115 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Kepayang | 6.36636400 | 100.25890000 |
116 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Medang Gatal | 6.54593200 | 100.27624400 |
117 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Musang | 6.50624300 | 100.27012200 |
118 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Nangka | 6.47672000 | 100.28769400 |
119 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Panji | 6.53774300 | 100.25754700 |
120 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Paya | 6.42562500 | 100.29392500 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
121 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Sanji | 6.42160700 | 100.27527500 |
122 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Syed Alwi | 6.41703900 | 100.19870300 |
123 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guar Ujong Batu | 6.40702100 | 100.20288600 |
124 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Gunong | 6.39551700 | 100.19233200 |
125 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Guring | 6.43430700 | 100.28847500 |
126 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hilir | 6.45800800 | 100.33166700 |
127 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hilir | 6.40817700 | 100.28635400 |
128 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hujung Bukit | 6.47030700 | 100.17924100 |
129 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hujung Tanjung | 6.40593200 | 100.12783600 |
130 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hutan Arau | 6.43081600 | 100.28473100 |
131 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hutan Chelong | 6.41435200 | 100.29490300 |
132 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hutan Hangus | 6.39515400 | 100.27733300 |
133 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hutan Lembah | 6.46422900 | 100.27114600 |
134 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Hutan Palas | 6.45824500 | 100.25025400 |
135 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Jarak | 6.44173700 | 100.16724700 |
136 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Jawi Endui | 6.32005500 | 100.19791000 |
137 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Jawi Seratus | 6.32413500 | 100.18603900 |
138 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Jejawi Dalam | 6.45339700 | 100.23062200 |
139 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Jejawi Hutan Buloh | 6.45918600 | 100.23970700 |
140 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Jejawi Luar | 6.44870200 | 100.22860300 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
141 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Jelempok Kechil | 6.39232600 | 100.28881100 |
142 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Katong | 6.41021000 | 100.29147000 |
143 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kayang | 6.40410100 | 100.16828400 |
144 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kebun | 6.43513000 | 100.27394200 |
145 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kechor | 6.48160200 | 100.19991600 |
146 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kenangan | 6.36337800 | 100.17731100 |
147 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kepala Batas Pauh | 6.29934500 | 100.20513100 |
148 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Keranji | 6.45941700 | 100.21573600 |
149 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kerbau Berlaga | 6.28427700 | 100.20159300 |
150 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Keriang Dan | 6.45436500 | 100.24843800 |
151 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kersik | 6.46741100 | 100.26186300 |
152 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kok Klang | 6.48616700 | 100.30324500 |
153 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kok Mak | 6.64857900 | 100.28827500 |
154 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kolam | 6.65992600 | 100.30944800 |
155 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kota | 6.46817300 | 100.22669500 |
156 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kota Keran | 6.42930000 | 100.17563000 |
157 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kuala Sungai Baru | 6.33329000 | 100.15698400 |
158 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kuala Tunggang | 6.44650500 | 100.29694000 |
159 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Arang | 6.47204000 | 100.20837400 |
160 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Badak | 6.50830500 | 100.20449800 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
161 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Beruang | 6.39510600 | 100.29496300 |
162 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Gajah | 6.44401700 | 100.25170900 |
163 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Mat Tangguk | 6.43925700 | 100.27625400 |
164 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Menerung | 6.45112200 | 100.28878900 |
165 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Paya | 6.42593500 | 100.30359700 |
166 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Perun | 6.49017900 | 100.28246400 |
167 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Siput | 6.41443300 | 100.30405200 |
168 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kubang Tiga | 6.56985500 | 100.27479400 |
169 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kurong Batang | 6.48560600 | 100.18543700 |
170 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Kurong Tengar | 6.36093300 | 100.14393900 |
171 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Langgar Kayang | 6.39590700 | 100.16645600 |
172 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Lat Seribu | 6.35317700 | 100.19142100 |
173 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Lembah Biak | 6.55252800 | 100.22331600 |
174 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Lembah Tui | 6.51827800 | 100.17593500 |
175 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Lin | 6.45199400 | 100.21272700 |
176 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Long Boh | 6.38733100 | 100.22548000 |
177 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Lubok Besar | 6.50641800 | 100.24936800 |
178 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Lubok Besar | 6.50072400 | 100.24462300 |
179 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Masjid | 6.48980000 | 100.23331300 |
180 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Masjid (Mukim Titi Tinggi) | 6.62806900 | 100.25797800 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
181 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Masjid Kechor | 6.46071600 | 100.19068400 |
182 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Mata Ayer | 6.47243500 | 100.25911600 |
183 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Melayu Batu 15 | 6.65833200 | 100.32013800 |
184 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Mengimang | 6.32816300 | 100.17088600 |
185 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Mengkuang Layar | 6.37368200 | 100.20241600 |
186 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Nesam | 6.47567600 | 100.17695300 |
187 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Ngolang | 6.47854600 | 100.24439100 |
188 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Nyatoh | 6.64453200 | 100.24430000 |
189 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Oran | 6.46503200 | 100.24400800 |
190 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang | 6.47839800 | 100.22773700 |
191 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Asam | 6.52681700 | 100.25924800 |
192 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Behor | 6.43235000 | 100.21263800 |
193 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Benta | 6.34719500 | 100.16459500 |
194 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Besar | 6.38410500 | 100.15456600 |
195 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Besar Selatan | 6.37296700 | 100.27344800 |
196 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Biak | 6.40301200 | 100.29351300 |
197 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Chempa | 6.43813200 | 100.31012800 |
198 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Gelam | 6.28782600 | 100.19174900 |
199 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Jamil | 6.37633300 | 100.15910900 |
200 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Jelutong | 6.51042300 | 100.28492200 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
201 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Keria | 6.28819900 | 100.17816200 |
202 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Lahim | 6.52018500 | 100.19836000 |
203 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Lati | 6.50558500 | 100.23834100 |
204 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Laut | 6.45995800 | 100.28512800 |
205 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Machang | 6.49026100 | 100.20419300 |
206 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Malau | 6.54016200 | 100.22097400 |
207 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Mawa / Tok Mak | 6.64670700 | 100.28109300 |
208 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Nyu | 6.45449300 | 100.27197300 |
209 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Pauh | 6.48763600 | 100.21792400 |
210 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Petani | 6.42925700 | 100.22511200 |
211 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Siding | 6.45355300 | 100.28844200 |
212 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Padang Telela | 6.41762300 | 100.30537400 |
213 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pak Lenggah | 6.38686100 | 100.16084400 |
214 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Paloh | 6.41681900 | 100.28553300 |
215 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Panggas Besar | 6.51864900 | 100.27510500 |
216 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Panggas Kechil | 6.51118600 | 100.27655300 |
217 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Panggau | 6.42444500 | 100.17074600 |
218 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pauh Sanglang | 6.31680000 | 100.19992500 |
219 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Paya Besar | 6.50018600 | 100.21722700 |
220 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Paya Guring | 6.42621800 | 100.28773800 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
221 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Paya Kelubi | 6.53425700 | 100.25128900 |
222 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pdg. Besar | 6.37541600 | 100.27484600 |
223 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pdg. Petani | 6.33303100 | 100.21332800 |
224 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pelarit | 6.61841700 | 100.20980100 |
225 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pematang Kerisek | 6.31445700 | 100.20690600 |
226 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pematang Pauh | 6.35777600 | 100.18544000 |
227 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Penghulu Jaafar | 6.52644400 | 100.20209000 |
228 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pengkalan Asam | 6.43002300 | 100.18066200 |
229 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Perak | 6.39564900 | 100.13118100 |
230 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Perawah | 6.48606600 | 100.24520300 |
231 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Perit | 6.48043600 | 100.28209700 |
232 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Permatang Bongor | 6.30947100 | 100.19225200 |
233 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Permatang Keriang | 6.29413700 | 100.18786600 |
234 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Permatang Limau Manis | 6.30246700 | 100.17227600 |
235 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Permatang Pauh Timur | 6.36062900 | 100.18959200 |
236 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Permatang Serdang | 6.34935200 | 100.23559100 |
237 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Petai | 6.47969800 | 100.21833500 |
238 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pida Dua Sekerat | 6.37927500 | 100.27059600 |
239 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pida Semut Gatal | 6.37570100 | 100.26133000 |
240 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pokok Jawi Abi | 6.49237800 | 100.18865700 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
241 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pokok Sena | 6.49051900 | 100.25306600 |
242 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pondok | 6.45267900 | 100.19302200 |
243 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pulau | 6.34607800 | 100.15336400 |
244 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pulau Picai | 6.39834600 | 100.28629500 |
245 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Pulau Puchong | 6.53712500 | 100.24982800 |
246 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Rama | 6.29368300 | 100.19989000 |
247 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Rambai | 6.45969000 | 100.30955100 |
248 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Repoh | 6.44699700 | 100.21013000 |
249 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Salang | 6.46306400 | 100.20924300 |
250 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. SanTan | 6.47479300 | 100.23191400 |
251 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Seberang | 6.40312700 | 100.12911600 |
252 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Seberang Alor | 6.40500000 | 100.12758700 |
253 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Seberang Ramai | 6.40258600 | 100.13971500 |
254 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Semadong | 6.56275600 | 100.24974300 |
255 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sempering | 6.46777100 | 100.21700400 |
256 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sena | 6.43593400 | 100.20258400 |
257 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sena (Mukim Kurong Anai) | 6.40749100 | 100.29755000 |
258 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sentang | 6.39592300 | 100.19913700 |
259 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sentua | 6.40290200 | 100.19513200 |
260 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Serdang | 6.33331000 | 100.22716600 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
261 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Seriab | 6.40865800 | 100.17665900 |
262 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Setol | 6.48542600 | 100.17533800 |
263 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Siam | 6.42167700 | 100.25338600 |
264 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Simpang Sanglang | 6.27771600 | 100.19730600 |
265 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Abi | 6.52607900 | 100.20834000 |
266 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Bakong | 6.43779800 | 100.23290800 |
267 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Baru | 6.38228500 | 100.22042500 |
268 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Baru Tengah | 6.33789500 | 100.17459600 |
269 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Belati | 6.31418400 | 100.16458600 |
270 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Bugis | 6.35376700 | 100.17799400 |
271 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Buloh | 6.55897100 | 100.29031300 |
272 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Kedah | 6.41148000 | 100.27048900 |
273 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Mati | 6.47386700 | 100.24907200 |
274 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Sungai Padang | 6.31159000 | 100.16848700 |
275 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Surau | 6.38676700 | 100.20557600 |
276 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Syed Abdan | 6.65566300 | 100.29249100 |
277 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tambun | 6.37888900 | 100.24073800 |
278 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tambun Tulang | 6.38378300 | 100.24630000 |
279 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tanah Baru | 6.45652100 | 100.20491000 |
280 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tanjung Buloh | 6.39852100 | 100.17690200 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
281 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tanjung Gelam | 6.36325500 | 100.16766600 |
282 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tanjung Gorah | 6.44791300 | 100.21755800 |
283 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tasoh | 6.59347200 | 100.21466800 |
284 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tebing | 6.49255200 | 100.22243800 |
285 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tebing Tinggi | 6.43747300 | 100.15604900 |
286 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tebok | 6.34661900 | 100.21936000 |
287 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Telaga Buloh | 6.35444900 | 100.25457600 |
288 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Telaga Haji Latif | 6.39046800 | 100.26995200 |
289 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Telaga Idi | 6.41596500 | 100.16620600 |
290 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Telok | 6.39272700 | 100.14479300 |
291 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Telok Jambu | 6.45439000 | 100.17417900 |
292 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Telok Kachang | 6.43900300 | 100.18057900 |
293 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Telok Mat Ali Yat | 6.40140100 | 100.24806400 |
294 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Teluk Tui | 6.51873700 | 100.17719900 |
295 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tendut | 6.46297100 | 100.29087300 |
296 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tengah | 6.42211800 | 100.25466800 |
297 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tengah | 6.49739800 | 100.20086500 |
298 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Terus Teritib | 6.38546200 | 100.14071800 |
299 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Titi Serong | 6.39351900 | 100.17327600 |
300 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Titi Tampang | 6.53450700 | 100.26681500 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
301 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Titi Teras | 6.49326900 | 100.20342700 |
302 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Titi Tinggi | 6.63536600 | 100.26136000 |
303 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tok Guar | 6.34066600 | 100.21020600 |
304 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tok Kandang | 6.44147700 | 100.20949900 |
305 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tok Kaya Man | 6.47378800 | 100.22644900 |
306 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tok Kaya Muda | 6.38638400 | 100.16825000 |
307 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tok Kaya Tua | 6.37152100 | 100.16240700 |
308 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tok Khamis | 6.49394300 | 100.27735400 |
309 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tok Paduka | 6.43765700 | 100.20168900 |
310 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tok Pulau | 6.31168500 | 100.21650200 |
311 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Tunjong | 6.52130900 | 100.24131700 |
312 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Ulu Pauh | 6.45646900 | 100.34058000 |
313 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. UTan Ibus | 6.40350400 | 100.17688500 |
314 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Utan Kandis | 6.41266300 | 100.27905400 |
315 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Wai | 6.42449600 | 100.14760000 |
316 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Wang Belimbing | 6.47331400 | 100.17132300 |
317 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Wang Besar | 6.44200100 | 100.15533800 |
318 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Wang Kelian | 6.67674800 | 100.18639800 |
319 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Wang Mu | 6.60685300 | 100.20517500 |
320 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Wang Tenggo | 6.64832600 | 100.19405300 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
321 | Kampung | Tiada Daerah | Kg. Wang Ulu | 6.45306500 | 100.15939400 |
322 | Pekan | Tiada Daerah | Arau | 6.43187400 | 100.27571200 |
323 | Pekan | Tiada Daerah | Beseri | 6.51549300 | 100.23573100 |
324 | Pekan | Tiada Daerah | Kaki Bukit | 6.64251600 | 100.21431700 |
325 | Pekan | Tiada Daerah | Kg. Beseri | 6.51682300 | 100.21110100 |
326 | Pekan | Tiada Daerah | Kuala Perlis | 6.39910200 | 100.13416400 |
327 | Pekan | Tiada Daerah | Kuala Sanglang | 6.25915800 | 100.19379500 |
328 | Pekan | Tiada Daerah | Mata Ayer | 6.46574500 | 100.25263000 |
329 | Pekan | Tiada Daerah | Padang Besar | 6.66387600 | 100.31637500 |
330 | Pekan | Tiada Daerah | Pauh | 6.43669600 | 100.30326400 |
331 | Pulau | Tiada Daerah | Kg. Pulau Ketam | 6.40304400 | 100.12889100 |
332 | Sungai | Tiada Daerah | Bkt. Batu Putih | 6.42203200 | 100.12287700 |
333 | Sungai | Tiada Daerah | Khlong Bon | 6.58144100 | 100.31480100 |
334 | Sungai | Tiada Daerah | Khlong Chak | 6.59736200 | 100.30642000 |
335 | Sungai | Tiada Daerah | Khlong Kwai Pom | 6.58403800 | 100.31155000 |
336 | Sungai | Tiada Daerah | Khlong Wang Rua | 6.66649500 | 100.30650300 |
337 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Abi | 6.50701100 | 100.20601500 |
338 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Arau | 6.54008600 | 100.35065300 |
339 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Arau | 6.51485000 | 100.34832500 |
340 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Batu Pahat | 6.53160100 | 100.16584600 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
341 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Batu Terlintong | 6.65370500 | 100.26634200 |
342 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Besar | 6.50026800 | 100.21377200 |
343 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Besar | 6.50222000 | 100.21362600 |
344 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Besar | 6.53317800 | 100.21710300 |
345 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Besar | 6.49703200 | 100.21241400 |
346 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Buloh | 6.57128300 | 100.29639300 |
347 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Buloh | 6.55799100 | 100.28778600 |
348 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Chuchuh | 6.62450500 | 100.24359700 |
349 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Cucuh | 6.64506300 | 100.24206300 |
350 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Durian | 6.42943000 | 100.31177100 |
351 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Genting Kabu | 6.51249200 | 100.16092700 |
352 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Gial | 6.47127400 | 100.28187100 |
353 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Gial | 6.49265700 | 100.28074200 |
354 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Jarum | 6.63652000 | 100.26776700 |
355 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Jejawi | 6.44648800 | 100.21653400 |
356 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Jelutong | 6.51939400 | 100.28844000 |
357 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Jerneh | 6.60038600 | 100.28346900 |
358 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Jerneh | 6.52343400 | 100.26620100 |
359 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Kam Chai | 6.54764800 | 100.35285000 |
360 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Kurong Batang | 6.47961600 | 100.18678800 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
361 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Limbera | 6.51235900 | 100.36603400 |
362 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Mata Ayer | 6.67129700 | 100.27733400 |
363 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Museh | 6.64113600 | 100.26673100 |
364 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Naisam | 6.49353300 | 100.16550300 |
365 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Panggas Besar | 6.53544400 | 100.27872000 |
366 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Panggas Kechil | 6.47533800 | 100.27541300 |
367 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Panggas Kechil | 6.50016600 | 100.27574100 |
368 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Panggas Limau | 6.52932400 | 100.30099600 |
369 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Pdg. Chempa | 6.43301800 | 100.32038800 |
370 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Ramera | 6.52399500 | 100.36723500 |
371 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Ramera | 6.50631600 | 100.36570100 |
372 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Ramera | 6.53142700 | 100.36665600 |
373 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Serai | 6.55532700 | 100.29772900 |
374 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Siran | 6.54522800 | 100.19484900 |
375 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Takian | 6.52785200 | 100.35132800 |
376 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Takian | 6.52622000 | 100.35592900 |
377 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Tasoh | 6.60742300 | 100.23524500 |
378 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Tasoh | 6.58332600 | 100.22747200 |
379 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Temenggong | 6.48117000 | 100.17946500 |
380 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Temenggong | 6.43292800 | 100.17402000 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
381 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Teratap | 6.67261600 | 100.27167400 |
382 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Tok Min | 6.44696800 | 100.15920900 |
383 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Tok Min | 6.44748000 | 100.15673800 |
384 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Wang Kelubi | 6.47024200 | 100.15644700 |
385 | Sungai | Tiada Daerah | Sg. Wang Kelubi | 6.45989000 | 100.16047000 |
386 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Arau | 6.52100700 | 100.34597100 |
387 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Arau | 6.45116300 | 100.29701700 |
388 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Gial | 6.48290900 | 100.28272600 |
389 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Jerneh | 6.56030700 | 100.27160500 |
390 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Ngolang | 6.48126500 | 100.24906200 |
391 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Perlis | 6.43264600 | 100.16863300 |
392 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Serai | 6.55578600 | 100.29901100 |
393 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Seriab | 6.41863100 | 100.16753900 |
394 | Sungai | Tiada Daerah | Sg.Timah | 6.46795600 | 100.18636900 |
395 | Taman | Tiada Daerah | Taman Negeri Perlis | 6.69754835 | 100.19181138 |
396 | Taman | Tiada Daerah | Tasek Melati | 6.51105052 | 100.24575630 |
397 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Bukit Kaya | 6.42997000 | 100.19142100 |
398 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Dato Jaafar | 6.45085800 | 100.19053600 |
399 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Dato Setia | 6.45804800 | 100.20806600 |
400 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Desa Pulai | 6.43080700 | 100.21694000 |
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|---|---|---|---|---|
401 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Gasing | 6.44597400 | 100.22752200 |
402 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Guru Jaya | 6.45130900 | 100.20263100 |
403 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Indra | 6.44381000 | 100.20067100 |
404 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Intan | 6.44761800 | 100.20768600 |
405 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Ira | 6.44118900 | 100.20264700 |
406 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Jarak | 6.43920900 | 100.16618400 |
407 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Jejawi | 6.44594500 | 100.23417700 |
408 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Koperasi | 6.44938300 | 100.20618500 |
409 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Meranti | 6.47483900 | 100.26776600 |
410 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Muda Sepakat | 6.40002400 | 100.18254500 |
411 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Muhibbah | 6.43505400 | 100.23216200 |
412 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Perlis | 6.42664500 | 100.19727000 |
413 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Permai | 6.44904200 | 100.19272400 |
414 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Repoh | 6.44416000 | 100.22113000 |
415 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Sena Indah | 6.44707100 | 100.20159500 |
416 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Sri Pilihan | 6.44403800 | 100.21505500 |
417 | Taman | Tiada Daerah | Tmn. Utara | 6.44140200 | 100.23365800 |
418 | Tanjung | Tiada Daerah | Tg. Tok Poh | 6.40783200 | 100.13985000 |