Data nama geografi ini dibekalkan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Data-data yang telah dimasukkan ke dalam gazetir ini telah mendapat pengesahan dari Jawatan kuasa Negeri Nama Geografi (JNNG) Johor dimana setiap nama geografi yang diterbitkan ini telah melalui proses semakan dan pengesahan oleh pegawai-pegawai di Negeri Johor untuk memastikan nama tersebut sah dari segi ejaan, jenis, maklumat lokasi dan sebagainya.
Kemasukan data untuk setiap nama geografi mengandungi maklumat berikut :
Di dalam sebuah buku Undang-undang Siam yang berjudul Kot Monthiera Ban pada tahun 1438, Johor disebut sebagai Wurawari atau Warawari yang bermaksud air yang jernih. Raja Wurawari menaiki takhta pada tahun 1435 dan pada masa itu Wurawari berada di bawah jajahan takluk kerajaan Siam. Menurut R.O Winstedt dalam sebuah piagam yang tertulis dalam bahasa Sanskrit dan Jawa pada tahun 1006 Masihi ada menyebut mengenai bencana yang dibawa oleh Wurawari ke atas Tanah Jawa.
Johor juga dikenali sebagai Ujung Tanah atau Hujung Madini seperti disebut oleh seorang pengarang Portugis yang bernama Godinho d?Eredia. Menurutnya pada tahun 1292, Marco Polo telah melakukan pelayaran sehingga ke Hujung Tanah. Johor juga disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini dalam sebuah Hikayat Jawa Negara Kertagama yang ditulis oleh Pranpanca pada tahun 1365. Nama ini diperolehi disebabkan kedudukannya yang terletak di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan tanah yang paling selatan bagi benua Asia. Saudagar dan pengembara yang sering singgah di negeri Johor, menyebut Johor sebagai Jantan atau Jantana atau Tana yang bermaksud daerah yang terletak di hujung tanah. Johor diasaskan oleh putera Sultan Mahmud, Sultan Melaka terakhir iaitu Sultan Alauddin Riayah Shah II pada tahun 1528 yang pusat pemerintahannya di Pekan Tua (Kota Kara), sekarang terletak di Kg. Sungai Telor, Kota Tinggi, pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama sentiasa berpindah randah kerana serangan Portugis, Aceh dan perebutan takhta antara mereka. Dari Kota Kara ke Kota Sayong seterusnya ke Kota Batu, Johor Lama, ke Kota Batu Sawar, Kota Seluyut, Kota Tauhid, Kota Panchor, Bentan, Daik Lingga dan berakhir di Telok Belanga Singapura. Empayar Johor ini dikenali sebagai Empayar Johor-Riau.
Kerajaan Johor Moden diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim pada tahun 1855, dengan pusat pentadbirannya di Tanjung Puteri dikenali dengan nama Iskandar Puteri. Pada tahun 1866, Iskandar Puteri ditukar namanya kepada Johor Bahru. Temenggong Ibrahim mangkat pada tahun 1862 dan digantikan oleh puteranya Temenggong Abu Bakar. Pada tahun 1866 Baginda menggunakan gelaran Seri Maharaja. Melalui Perjanjian Setia antara Johor dengan British pada 11 Disember 1885, Abu Bakar menggunakan gelaran Sultan setelah dimahkotakan pada tahun 1886 dan diberi kuasa menubuhkan pasukan tenteranya sendiri iaitu Johore Military Forces (JMF) atau Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda merupakan ?Bapa Johor Moden? yang membawa pelbagai kemajuan dalam semua bidang. Setelah Sultan Abu Bakar mangkat pada tahun 1895, Baginda digantikan oleh DYMM Sultan Ibrahim (1895-1959), Sultan Ismail (1959-1981), Sultan Iskandar (1981-2010) dan kini DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2010- sekarang). Dari Johor Bahru, pusat pentadbiran negeri Johor berpindah ke Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Sumber : Yayasan Warisan Johor, 2016.
Maklumat ini adalah menerangkan nama tempat yang dikenali kalangan penduduk tempatan dan disahkan oleh Pegawai di peringkat daerah. Bentuk ejaan bagi nama geografi yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa penamaan diperingkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan akan dianggap sebagai nama yang rasmi atau yang dibenarkan.
Daerah adalah merupakan satu bahagian kawasan pentadbiran di setiap negeri di Malaysia.
Jenis adalah terma yang merujuk kepada penamaan bagi setiap nama geografi. Contoh adalah seperti berikut:
tempat - Ipoh, Kuala Lumpur
rupa alam semula jadi - Sungai Perak (sungai), Bukit Fraser (bukit)
rupa alam buatan manusia - Jalan Ipoh (jalan), Empangan Kenyir (empangan)
rupa laut semula jadi - Terumbu Sahap (terumbu)
rupa laut buatan manusia - Tambak Johor (tambak)
sekelompok tempat yang serupa dan berkaitan - Semenanjung Malaysia
sekelompok rupa alam yang serupa dan berkaitan - Kepulauan Langkawi (pulau)
sekelompok kawasan yang serupa dan berkaitan - Kompleks Sukan Bukit Jalil (kemudahan sukan)
Latitud adalah garis ukuran kedudukan latitud utara-selatan antara kutub. Khatulistiwa ditakrifkan sebagai 0 darjah, Kutub Utara adalah 90 darjah utara, dan Kutub Selatan ialah 90 darjah selatan. Garisan latitud semua selari antara satu sama lain. Longitud pula adalah garis meridian yang dijalankan antara Utara dan Kutub Selatan. Ia diukur berdasarkan kedudukan timur-barat. Prime meridian mempunyai nilai 0 darjah dan melalui Greenwich, England.
Bagi tujuan penerbitan gazetir, sistem koordinat yang digunakan adalah Geocentric Datum for Malaysia 2000 - GDM2000, iaitu merujuk kepada pusat jisim bumi sebagai origin/datum rujukan. Datum ini bersifat universal kerana ia merangkumi seluruh Malaysia.
Nilai koordinat bagi setiap nama geografi yang berunjuran GDM2000 ditunjukkan dalam darjah, minit dan saat.
Bil. | Perkataan | Singkatan |
---|---|---|
1 | Air | A. |
2 | Alur | Alr. |
3 | Bahagian | Bhg. |
4 | Bakau | Bak. |
5 | Balai Polis | B.P. |
6 | Blok | Blk. |
7 | Bukit | Bkt. |
8 | Caruk/Charok | C. |
9 | Cangkat/Changkat | Chgkt. |
10 | Hutan Rizab/Hutan Rezab | H.R. |
11 | Hilir | Hilir |
12 | Hospital | Hosp. |
13 | Jeram | J. |
14 | Jalan | Jln. |
15 | Kepulauan | Kep. |
16 | Kilometer | km |
17 | Kondominium | Kondo |
18 | Lebuh/Leboh | Lbh. |
19 | Ladang | Ldg. |
20 | Pangkalan/Pengkalan | Pang. |
21 | Padang | Pdg. |
22 | Pelabuhan | Plbh. |
23 | Pejabat Pos | P.P. |
24 | Rizab Melayu/Rezab Melayu | R.M. |
Bil. | Perkataan | Singkatan |
---|---|---|
25 | Rumah Penginapan | R.P. |
26 | Rumah Rehat | R.R. |
27 | Sekolah Menegah Kebangsaan | SMK |
28 | Sekolah Rendah | SR |
29 | Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan | SRJK |
30 | Stesen Kastam | S.K. |
31 | Teluk, Telok | Tlk. |
32 | Taman | Tmn. |
33 | Tali air | T.A. |
34 | Utara | U |
35 | Balai Raya | B.R. |
36 | Bandar | Bdr. |
37 | Bangunan | Bgn. |
38 | Batu | Bt. |
39 | Dispensari | Disp. |
40 | Gunung/Gunong | G. |
41 | Gosong | Gsg. |
42 | Hulu/Ulu | H |
43 | Kuala | K. |
44 | Kampung/Kampong | Kg. |
45 | Lembah | Lmbh. |
46 | Lapangan | Lpg. |
47 | Lorong | Lrg. |
48 | Pulau | P. |
Bil. | Perkataan | Singkatan |
---|---|---|
49 | Permatang | Pmtg. |
50 | Parit | Pt. |
51 | Persiaran | Psrn. |
52 | Pejabat Daerah | P.D. |
53 | Sekolah | S |
54 | Sungai | Sg. |
55 | Sekolah Kebangsaan | SK |
56 | Sekolah Menengah | SM |
57 | Stesen Kajicuaca | S.Kc. |
58 | Stesen Meteorologi | S.Met. |
59 | Timur | T |
60 | Tanjung | Tg. |
61 | Wakil Pos | W.P. |
62 | Zon Ekonomi Eksklusif | ZEE |
Jenis | Bilangan |
---|
Bil. | Jenis | Daerah | Nama Geografi | Latitud | Longitud |
---|